Berdiri lama dalam industri muzik indie tempatan sejak 2006 lagi,itulah dia Band Round Robin.Round Robin adalah bermaksud sepakat menurut kamus.Adaptasi maksud sepakat ini diambil kerana kesepakatan anggota band yang sepakat dalam memejukan muzik mereka serta sepakat dalam memperjuangkan muzik tempatan. Sebuah lagi band yang bakal kami perkenalkan kepada anda semua peminat-peminat muzik arena bebas tanah air. Band yang penuh dengan pengalaman dalam mengharungi perit getir sebagai pemuzik indie ini mula bertapak secara rasmi pada tahun 2006.Pahit manis dalam industri muzik bermula telah lama kerana ada anggota mereka yang telah terlibat dalam industri muzik ini sejak tahun 2000 lagi.Jadi sudah tentulah banyak pengalaman yang mereka ada.Gabungan dan gubahan muzik berdasarkan ilmu dan pengalaman yang dimiliki setiap anggota band telah melahirkan muzik Round Robin yang berunsurkan Disco Punk Retro Garage.
Perkembangan Round Robin pada tahun ini agak membanggakan dimana pada penghujung bulan Mei iaitu pada 28 Mei 2010 mereka ada mengambil bahagian dalam Battle of The Band anjuran celcom dan Youth Say,Youth’10 Festival di PWTC.Pertarungan yang berlangsung selama 3 hari ini telah berjaya membawa mereka ke peringkat kedua pertandingan.Kejayaan demi kejayaan mereka cuba kecapi dan akhirnya pada penghujung tahun 2010 nanti mereka bakal mengeluarkan EP sulung.Nantikan EP mereka ini yang mengandungi beberapa lagu seperti Oh Mashitah,Lukha,Helah dan Love For Losers.Sebarang perubahan akan dimaklumkan di myspace mereka dan juga Facebook.
Terima kasih kepada Jard kerana menghantar profile kepada kami untuk review kali ini.
LINE UP BAND :
-Iz(vocal)
-Acap(guitar)
-Bob(synthesizer)
-Pakoq(bass)
-Jard(drums)
CONTACT/INFO :
-019-2607961(Jard)
-haizad82@gmail.com
-www.myspace.com/roundrobinrocks
-Facebook search Round Robin







